Header Ads

Kolej Jutawan



Kolej Jutawan oleh Tuan Azizi Ali

Saya ambil dari FB tuan PAih Aman, jom baca dan hadam.

Karangan 600 Patah Perkataan: KOLEJ JUTAWAN

Ini adalah nota Kolej Jutawan yang diajar oleh Azizi Ali. Prinsip aliran tunai sangat ditekankan disini - sentiasa cari jalan untuk menambah sumber aliran tunai.

Pelbagai sumber boleh diperolehi untuk menambah aliran tunai, lihat sahaja rajah. Selepas itu pula, bagaimana mengurus pula arah aliran tunai.

Mana-mana sifu kewangan peribadi, pasti menekankan simpanan kecemasan terdahulu sebelum nak gebang rumah, emas dan saham (dan lain-lain).
Cara menyimpan untuk kecemasan? Senang. Kira perbelanjaan anda. Dalam kes ini, belanja anda sebulan adalah RM2,000. Saya tambah sedikit;

Ada TIGA level utama, menentukan level simpanan kecemasan anda:
1/ 3 Bulan (RM2,000 x 3 Bulan) : RM6,000
2/ 6 Bulan (RM2,000 x 6 Bulan) : RM12,000
3/ 12 Bulan (RM2,000 x 12 Bulan) : RM24,000


Siapa yang sudah melakukan no.1, tanniah anda berada dalam keadaan normal. Teruskan menyimpan ke level seterusnya. Kalau siapa yang terjun ke dunia bisnes, saya sarankan simpanlah sehingga level 3 (12 bulan tu minima, kalau bagus 24 bulan).

Kenapa sampai 3 bulan, 6 bulan dan 12 bulan? Apa yang saya belajar dari #DIYKewangan360 , ianya adalah reflek dari peratus pengganguran sebuah negara.

Hari ini kadar pengangguran (sumber manusia tidak bekerja) dalam linkungan 3 peratus, jadi 3 bulan sesuai. Memberi maksud kalau anda dibuang kerja, ada keupayaan untuk mendapat semula kerja dalam tempoh 3 bulan.

Kenapa pula 6 bulan? Mana tahu, kerjaya impian anda cari adalah suatu yang sukar. Lagi-lagi kalau anda cerewet.

Untuk siapa yang hendak melakukan perniagaan, anda kena faham. 90 peratus rezeki datang dari berniaga, tapi 90 peratus perniagaan tutup dalam tempoh kurang 3-5 tahun. 12 bulan simpanan kecemasan, bolehlah guna kalau kalau bisnes ande ceburi tersontot pula.

Selepas anda mempunyai simpanan samada level 1, 2 atau 3 - barulah fikir nak melabur di hartanah, saham ke, unit trust ke.

Hasil nukilan tuan Adib Yazid di status FB beliau dan dikongsikan oleh tuan Paih Aman


No comments

Powered by Blogger.